My Add

Monday 4 March 2013

Kerajaan negeri, KDN dan tentera kerjasama pantau kawasan lain di Sabah

LAHAD DATU, AHAD, 03 Mac, 2013: Kerajaan negeri Sabah berkerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pertahanan sedang memantau keadaan semasa di kawasan lain selain Lahad Datu berikutan perkembangan terbaru yang berlaku di Semporna.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, dari sudut operasi, gerakan memantau keadaan semasa di seluruh Sabah sedang dilakukan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipimpin Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera.

" Saya juga sudah berhubung dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) malam tadi dan beliau bersetuju kekuatan polis dan tentera dipertingkatkan. "Perdana Menteri memberi jaminan bahawa keselamatan dan keamanan negeri Sabah sentiasa menjadi keutamaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, Musa berkata, beliau sudah berhubung dengan pemimpin tempatan di kawasan terbabit dan yakin mereka mampu mengawal sentimen serta mengelakkan khabar angin yang boleh memudaratkan keadaan. - BH

No comments:

Post a Comment