My Add

Tuesday 26 March 2013

Kerajaan umum terima cadangan tujuh agensi BBDS: Najib

KUALA LUMPUR, ISNIN, 25 Mac, 2013, : Kerajaan mengumumkan empat berita baik dengan menerima cadangan tujuh agensi Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan (BBDS) yang dikemukakan kepada Perdana Menteri baru-baru ini.

Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perkara itu ketika berucap pada Perhimpunan Perdana bersama tujuh agensi BBDS di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Ia adalah penubuhan dana pencen, pemberian imbuhan tetap perumahan, pemberian saguhati apabila tamat perkhidmatan dan simpanan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) majikan diselaraskan.

Ia bakal dinikmati lebih 40,000 kakitangan BBDS seluruh negara membabitkan agensi seperti KWSP, Perbadanan Hal Ehwal Tentera (PERHEBAT), Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). -BH

No comments:

Post a Comment