My Add

Tuesday 26 March 2013

Kerajaan wujud inisiatif penempatan semula penduduk di timur Sabah

KUALA LUMPUR, ISNIN, 25 Mac, 2013: Kerajaan bakal mewujudkan inisiatif penempatan semula penduduk yang tinggal di beberapa lokasi di kawasan timur Sabah bagi pemeliharaan keselamatan awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata inisiatif di bawah Bahagian III Peraturan-Peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013 itu, membolehkan kerajaan menempatkan semula mana-mana kumpulan, khususnya pendatang tanpa izin atau yang tidak bernegara, ke satu kawasan selamat dan sesuai yang akan ditentukan oleh kerajaan.

"Harus ditekankan di sini bahawa keputusan untuk menempatkan semula kumpulan ini adalah bagi maksud pemeliharaan keselamatan awam.

"Dalam melaksanakan perkara ini, kerajaan akan mempertimbangkan segala aspek termasuk mata pencarian penduduk di kawasan penempatan semula dan berunding dengan Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung bagi memastikan kepentingan penduduk sedia ada di kawasan penempatan semula terpelihara," katanya ketika berucap pada Majlis Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-206 bertemakan ‘Komuniti Sejahtera Komitmen Kami’ di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, sebentar tadi.

Katanya, selaras dengan matlamat kerajaan bahawa hak asasi rakyat dan kedaulatan undang-undang akan terus dipelihara dan dilindungi, kerajaan tidak menghalang mana-mana warganegara di sesuatu kawasan penempatan semula yang terkilan dengan keputusan ini mencabar keputusan kerajaan.

Najib berkata, kerajaan juga tidak akan menghalang mana-mana warganegara daripada menjalankan haknya sebagai pemilih dalam mana-mana pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. - BH

No comments:

Post a Comment