My Add

Tuesday 12 March 2013

Kereta peronda polis dilanggar

MELAKA, SELASA, 12 Mac, 2013: Dua kereta peronda polis dilanggar ketika mengejar sebuah kereta yang dinaiki dua individu di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman, berkata bagaimanapun pemandunya yang berusia 35 tahun dan penumpangnya seorang wanita yang berusia 30 tahun berjaya ditahan dan polis menemui dua ketul dadah dipercayai jenis 'ice' dari kereta itu.

Beliau berkata, kejadian berlaku pada jam 1.30 pagi apabila kereta Viva berwarna putih itu dikesan di tepi Jalan Peringgit dalam keadaan mencurigakan.

"Apabila dihampiri, pemandu kereta itu bertindak memecut kenderaannya ke kawasan Bukit Peringgit. Sambil mengekori kereta itu, anggota peronda dari balai Bukit Baru tersebut turut meminta bantuan anggota peronda yang lain bagi menjejaki kenderaan berkenaan,” katanya.

Salehhudin berkata, kenderaan itu dikesan bergerak keluar ke jalan besar dalam arah melawan arus menghala ke Hospital Melaka di Jalan Mufti Haji Khalil, sebelum dapat dihalang kereta peronda dari balai Sungai Udang di bawah jejambat berhampiran.

Beliau berkata, pemandu kereta yang menyedari usahanya melarikan diri telah dihalang, bertindak mengundur kenderaannya dan melanggar kereta peronda dari balai Bukit Baru sebelum bergerak ke depan semula dan melanggar kereta peronda sebuah lagi. - BERNAM

No comments:

Post a Comment