My Add

Monday 11 March 2013

Kertas putih Sabah diceroboh perlu: Chandra Muzaffar

PETALING JAYA, AHAD, 10 Mac, 2013: Kerajaan perlu mengeluarkan satu kertas putih bagi menjelaskan kepada rakyat situasi sebenar berkenaan insiden Sabah diceroboh oleh pengikut Jamalul Kiram III, yang mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu, kata Dr Chandra Muzaffar.

Presiden International Movement for a Just World (Just) ini berkata, sebaik sahaja operasi ketenteraan yang berlangsung sekarang selesai, penjelasan penuh perlu diberi untuk rakyat mengetahui keadaan yang sebenar.

"Selepas, selepas mereka sudah mengatasi situasi ini, yang kita berhadapan ini, situasi ketenteraan, tetapi selepas ini, kita perlu kertas putih... saya setuju.

"Selepas ini satu penjelasan mendalam tentang segala aspek termasuk soal tentang siapa dalang," kata beliau dalam satu wawancara kepada Sinar Harian dan Sinar Harian Online di pejabat beliau di sini, kelmarin.

"Dan, yang kedua, yang mungkin berhubung kait tentang yang pertama, soal tentang pembiayaan, dana, dari mana mereka dapat duit," kata beliau yang juga Pengerusi Yayasan 1Malaysia.

Beliau yang mengikuti perkembangan isu-isu semasa dengan dekat ditanya persoalan pelbagai mengenai insiden pencerobohan ke atas Lahad Datu, Sabah sebulan yang lalu.

Awal bulan ini, kerajaan melancarkan Op Daulat bagi menangani isu ini, yang merupakan cabaran paling besar selepas masalah komunis dan Konfrontasi 1963-65.

Pembangkang turut menggesa agar satu sidang khas Parlimen dipanggil berhubung isu ini.

Pada 3 Mac lalu, pemimpin Pas menggesa Putrajaya memanggil sidang khas Parlimen dan mengeluarkan “kertas putih” dan membuat penjelasan berhubung insiden pertempuran pasukan keselamatan Malaysia dan militan Filipina di Lahad Datu.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, Putrajaya perlu memberi penjelasan berhubung perkara itu kerana ia melibatkan keselamatan orang ramai dan negara, serta menambah selagi kerajaan berdiam diri, khabar angin akan terus tersebar dengan meluas.

Bagaimanapun beberapa ahli Parlimen dari parti kerajaan menolak keperluan tersebut.

No comments:

Post a Comment