My Add

Sunday 10 March 2013

Kes Tian Chua ke pejabat Peguam Negara

KUALA LUMPUR, SABTU, 09 Mac, 2013: Polis sudah menyerahkan kertas siasatan kes Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang didakwa mengeluarkan kenyataan kejadian berhubung pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah adalah sandiwara UMNO kepada pejabat Peguam Negara bagi tujuan pendakwaan hari ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan kes tersebut dijalankan oleh Polis Johor mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu memfitnah.

Beliau berkata, setakat pagi ini, polis telah menerima 205 laporan daripada orang ramai termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara berhubung kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Batu itu.

"Lebih 140 percakapan telah kita rakam setakat ini bagi membantu siasatan dan kertas siasatan mengenainya sudah kita bawa berunding dengan pihak Peguam Negara pagi ini," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Bersatu Memerangi Jenayah di Pasar Besar NHK Kuchai Lama di sini hari ini.- UTUSAN

No comments:

Post a Comment