My Add

Tuesday 12 March 2013

Keterangan Tian Chua direkod anggota IPK Johor

Oleh AZIZI MAJID
JOHOR BAHRU, ISNIN, 11 Mac, 2013: Polis telah merekodkan keterangan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berhubung kenyataannya yang mendakwa insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara UMNO.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, sepasukan polis dari Kontinjen Johor telah mengambil keterangan Ahli Parlimen Batu itu di ibu negara petang ini.

"Polis juga telah merakamkan keterangan dua Editor Keadilan Daily dan wartawan dari The New Straits Times Press di ibu negara hari ini," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment