My Add

Wednesday 20 March 2013

'Keterlaluan, tidak jujur'

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
MELAKA, SELASA, 19 Ma, 2013: Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib disifatkan keterlaluan dan tidak jujur kerana mempolitikkan isu syahid anggota keselamatan yang terkorban di Lahad Datu, Sabah apabila mendakwa kematian mereka yang gugur sebagai 'syahid dunia'.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kenyataan tersebut tidak seharusnya dikeluarkan oleh seseorang yang dilihat mempunyai pengetahuan agama yang luas.

Menurutnya, tindakan Harun itu dilihat cuba mengelirukan rakyat bahkan seolah- olah mengetepikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (Jawatankuasa Fatwa) yang bersidang 6 Mac lalu memutuskan anggota keselamatan yang terkorban tergolong dalam 'syahid akhirat'.

"Pandangan-pandangan yang mengelirukan ini tidak patut datang daripada orang yang dianggap alim kerana hakikatnya orang yang mati kerana mempertahankan negara dianggap mati syahid. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment