My Add

Sunday 24 March 2013

Ketua Polis Negara rai 53 penerima pingat keberanian

KUALA LUMPUR, AHAD, 24 Mac, 2013: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar merai 24 bekas dan pegawai polis daripada sejumlah 53 penerima pingat Seri Pahlawan (SP), pingat Panglima Gagah Berani (PGB) dan pingat Jasa Perkasa Persekutuan (JPP) pada majlis makan malam sempena Sambutan Hari Polis Ke-206 di sini, malam tadi.

Antara penerima pingat SP, PGB dan JPP itu, 16 masih berkhidmat manakala 37 pegawai polis telah bersara.

Majlis itu diadakan di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras dan merupakan yang pertama dalam program sambutan Hari Polis bagi menghargai pengorbanan pasukan keselamatan berkenaan memandangkan sebelum ini tiada program seumpamanya diadakan.

Majlis itu bermula pada 8 malam dan turut dihadiri Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin; Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazaren; dan beberapa pengarah jabatan dari Bukit Aman.

Sementara itu, seorang bekas Superintenden Datuk Paul Kiong yang juga penerima pingat SP pada tahun 1983, berpendapat majlis berkenaan dilihat mampu mengeratkan hubungan silaturahim penerima sama ada yang telah bersara atau masih berkhidmat.

"Kami dapat jumpa rakan lama yang sama-sama berjuang dulu selain berkongsi pendapat serta pandangan dengan anggota baharu yang masih berkhidmat," katanya kepada pemberita. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment