My Add

Wednesday 20 March 2013

Kit Siang seperti tukar baju

KUALA LUMPUR, SELASA, 19 Mac, 2013: Hasrat Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang bertanding di Gelang Patah disifatkan seperti 'pelarian yang bertukar-tukar baju' dan bukti jelas kegagalannya memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengundi-pengundinya.

Setiausaha Pengelola Kebangsaan MCA, Datuk Tee Siew Kiong berkata, setiap kali menjelang pilihan raya umum, Kit Siang akan mencari kawasan baru untuk bertanding dan hampir setiap kawasan yang ditandinginya itu merupakan kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Cina.

''Sepanjang kerjayanya sebagai ahli politik, beliau pernah bertanding di Melaka, Selangor, Pulau Pinang dan Perak.

''Beliau mendakwa tindakannya itu bertujuan untuk meningkatkan semangat ahli-ahli DAP tetapi yang sebenarnya beliau mahu mencari kemenangan besar, sebab itu beliau sentiasa melarikan diri dan bertanding di kerusi lain," katanya. -UTUSAN

No comments:

Post a Comment