My Add

Thursday 7 March 2013

Komuniti 1Malaysia Pulau Pinang kumpul 500 tandatangan sokong PDRM, ATM

GEORGETOWN, RABU, 06 Mac, 2013: Komuniti 1Malaysia Pulau Pinang hari ini melancarkan gerakan mengumpul tandatangan rakyat sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia atas pengorbanan mempertahankan kedaulatan negara di Sabah.

Pengerusinya, Lim Cheng Hee, berkata pihaknya menyasarkan untuk mengumpul 500 tandatangan dalam sebuah buku yang akan diserahkan kepada pasukan polis dan tentera yang bertugas di Sabah.

"Kami akan membawa tandatangan yang dikumpul ini ke Sabah. Kami juga pada masa yang sama akan mengedar reben yang menunjukkan keamanan di Sabah. Kami selaku rakyat di negeri ini mengalu-alukan keamanan dan memberi sokongan kuat kepada pemimpin negara.

"Kami berharap orang ramai akan percaya kepada usaha yang dibuat oleh kerajaan khasnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Kita sokong kuat kepada semua usaha yang mendatangkan keamanan dan kestabilan negara," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya merancang untuk ke Lahad Datu dalam masa terdekat dan akan memaklumkan hasrat itu kepada Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi.

"Kita ingin dapat persetujuan daripada PDRM terlebih dahulu. Sekiranya boleh kita ingin mendapat bantuan dan sokongan daripada PDRM. Tujuan kami ke sana untuk menunjukkan yang kita berani dan bersama-sama dengan pasukan keselamatan tak kira risikonya kerana kita sokong kepada pemimpin negara," katanya. - BERNAMA



No comments:

Post a Comment