My Add

Friday 8 March 2013

Komuniti Suluk Sandakan kecam tindakan penceroboh

 *LEBIH 100 anggota masyarakat Suluk tempatan mengadakan perhimpunan
 aman bagi membantah pencerobohan pengganas bersenjata Sulu, di Sandakan,
Sabah, semalam. - BERNAMA

SANDAKAN, KHAMIS, 07 Mac, 213: Komuniti Suluk di daerah ini mengecam keras tindakan pengganas dari Sulu dan memberi jaminan mereka tidak akan menyokong tindakan kumpulan penjenayah itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sekong, Datuk Samsudin Yahya yang berketurunan Suluk menegaskan, tindakan kumpulan penceroboh itu dianggap amat biadab dan secara tidak langsung mencemarkan nama baik etnik tersebut.

Terdahulu, Samsudin bersama lebih 100 orang komuniti Suluk berhimpun secara aman di Padang Wisma Bandaran sebagai menunjukkan sokongan penuh kepada keputusan kerajaan menyerang pengganas itu bagi menamatkan pencerobohan.

Komuniti Suluk tersebut juga menyerahkan sumbangan hasil kutipan etnik itu sebanyak RM5,000 dan sumbangan peribadi Samsudin sebanyak RM5,000 kepada Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rowell Marong bagi mengisi Tabung Wira Lahad Datu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment