My Add

Saturday 23 March 2013

Korea Utara tolak inkuiri PBB

SEOUL, SABTU, 23 Mac, 2013: Korea Utara semalam dengan berang menolak inkuiri oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang rekod hak asasi manusia negara itu dan berikrar untuk meningkatkan perjuangannya secara habis-habisan terhadap Amerika Syarikat (AS).

Majlis Hak Asasi Manusia PBB meluluskan satu resolusi kelmarin bagi mewujudkan buat pertama kali satu suruhanjaya bagi menyiasat pelanggaran hak asasi manusia secara sistematik, meluas dan serius oleh Korea Utara.

Resolusi itu mengutuk penganiayaan khasnya 'dalam penggunaan penyeksaan dan kem buruh terhadap tahanan politik dan rakyat yang kembali ke negara itu'. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment