My Add

Sunday 10 March 2013

KP1M serah bantuan kepada tiga penempatan di Lahad Datu

LAHAD DATU, SABTU, 09 Mac, 2013: Sebanyak 10 tan bantuan makanan dan keperluan asas disampaikan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) di tiga lokasi yang menempatkan penduduk berikutan pencerobohan pengganas Sulu di daerah ini.

Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, sumbangan itu dibuat bagi meringankan beban mereka yang terpaksa meninggalkan rumah masing-masing ekoran kejadian tersebut sejak 12 Februari lalu.

Katanya, sumbangan yang disampaikan itu turut mengambil kira keperluan golongan wanita yang mempunyai anak kecil seperti susu dan lampin bayi.

"Bantuan ini disampaikan ke tiga buah penempatan iaitu di Dewan Embara Budi, Fajar Harapan dan Cenderawasih yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian," katanya yang ditemui di pusat media sebelum berlepas ke lokasi penempatan di sini hari ini.

Mengulas lanjut Abdul Azeez berkata, bantuan yang disampaikan itu ada yang untuk keperluan jangka masa pendek dan panjang.

Menurutnya, selain keperluan asas, KP1M turut menyerahkan kelengkapan dan bantuan kesihatan, selimut dan tilam bagi keselesaan penduduk yang tinggal di tiga kawasan penempatan itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment