My Add

Thursday 7 March 2013

Lagi ahli Pas bantah Guan Eng

*SAIFUL Zamani Ahmad (kanan) bersama ahli-ahli Pas mengadakan perhimpunan
mendesak pucuk pimpinan parti bertindak tegas terhadap isu kalimah Allah di 
Sungai Petani, Kedah, semalam.
SUNGAI PETANI, RABU, 06 Mac, 2013: Cadangan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng agar kalimah Allah dibenar digunakan oleh bukan Islam, terus mendapat bantahan daripada ahli Pas di peringkat akar umbi.

Sekumpulan 30 penyokong akar umbi Pas dari Parlimen Sungai Petani berhimpun di pekarangan Masjid Sultan Muzaffar Shah di sini hari ini selepas solat zuhur bagi menyatakan bantahan mereka.

Perhimpunan kira-kira 30 minit itu yang diketuai Ketua Pemuda Pas cawangan Kampung Baru Bakar Arang, Saiful Zamani Ahmad turut membawa pelbagai sepanduk yang menyelar tindak-tanduk pemimpin DAP tersebut.

Beberapa peserta juga bertindak membakar sepanduk gambar pemimpin DAP sebagai menyuarakan kemarahan mereka ke atas rakan sekutu Pas itu.

"Sejak DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bergabung dengan Pas, apa keuntungan yang kita dapat? Mereka menumpang kita tetapi kini mereka dilihat cuba menguasai kita.

"Sehubungan itu, kami mendesak Pas usah takut dengan DAP dan PKR terutama dalam isu kalimah Allah," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan itu.

Beliau juga menyaran Pas kembali kepada perjuangan asal parti tersebut iaitu mengutamakan Islam.

"Janganlah pentingkan undi semata-mata. Pemimpin DAP dan PKR seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Azmin Ali dan Fauziah Salleh telah memalukan pakatan pembangkang.

"Kami mendesak rakan-rakan petugas Pas menolak mereka ini. Kita juga wajib menolak pemimpin Pas yang bertuankan Anwar," katanya.

Tambah beliau, mereka juga menuntut pemimpin pakatan pembangkang segera membuat ketetapan dalam isu kalimah Allah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment