My Add

Monday 11 March 2013

Lagi pihak kecam Naib Presiden PKR

KUALA LUMPUR, AHAD, 10 Mac, 2013: Pelbagai pihak terus mengecam Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang terus berdiam diri dan enggan meminta maaf berhubung kenyataannya yang mendakwa insiden pencerobohan pengganas di Sabah hanya sandiwara UMNO.

Di Melaka, hampir 100 ahli beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri berkumpul secara aman bagi membantah kenyataan Tian Chua itu di hadapan Pasar Besar dekat Melaka Sentral di sini hari ini.

Di Johor Bahru, sekumpulan ahli NGO, Gabungan Bekas Belia Kampung Kangkar Tebrau Baru di sini membuat laporan di Balai Polis Taman Setia Indah terhadap pemimpin PKR itu.

Lebih 30 ahli NGO itu berarak dan berdemonstrasi secara aman di hadapan balai polis berkenaan selama lima minit sambil mengangkat sepanduk tertera pelbagai kecaman terhadap Ahli Parlimen Batu itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment