My Add

Monday 4 March 2013

Lam Thye: Perlu undang-undang kebajikan haiwan

KUALA LUMPUR, AHAD, 03 Mac, 2013: Peguam Negara diharap dapat mempercepatkan proses meluluskan Draf Rang Undang-undang Kebajikan Haiwan agar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dapat membentangkannya pada sidang Parlimen akan datang.

Penaung Persatuan bagi Menghalang Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA) Selangor, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, rang undang-undang tersebut telah lama tertangguh dan perlu mendapatkan kelulusan Parlimen supaya kebajikan dapat ditegakkan, sekali gus tindakan tegas diambil untuk semua bentuk penderaan terhadap haiwan.

Tambahnya, kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaludin bahawa rang undang-undang yang akan dibentangkan di Parlimen itu mempunyai peraturan yang mana tindakan tegas tanpa kompromi diambil terhadap semua pendera haiwan juga amat dialu-alukan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment