My Add

Thursday 14 March 2013

Laporan Filipina tahan 35 pengganas di Tawi-Tawi belum diterima: KPN

LAHAD DATU, KHAMIS, 14 Mac, 2013: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata pihaknya masih menunggu laporan berhubung penahanan 35 orang dipercayai pengganas Sulu di Pulau Tawi-Tawi, semalam.

Beliau berkata, pihaknya masih belum menerima laporan daripada pihak berkuasa Filipina berhubung perkembangan terbaru itu.

Berdasarkan laporan media tempatan dan Filipina, kumpulan bersenjata itu dalam perjalanan ke Sabah bagi membantu rakan mereka yang sedang bertempur dengan pasukan keselamatan Malaysia susulan pencerobohan pada 12 Februari lalu. - BH

No comments:

Post a Comment