My Add

Friday 15 March 2013

Lelaki tipu 100 model wanita

Oleh Ilah Hafiz Aziz
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 14 Mac, 2013: Golongan wanita dinasihatkan supaya berhati-hati terhadap seorang lelaki yang menyamar sebagai jurugambar model dan menipu mangsa dengan menawarkan pekerjaan lumayan sebelum menyamun mangsa termasuk dipaksa melakukan hubungan seks.

Sehingga kini dianggarkan seramai 100 orang model menjadi mangsa lelaki berkenaan yang menggunakan nama DkDk Choong, Alvon Choong dan Derek Choong.

Perbuatan lelaki itu terbongkar selepas seorang model wanita menaikkan status di laman sosial Facebook kerana diganggu lelaki itu, baru-baru ini yang menyamar sebagai jurugambar sehingga mendapat perhatian hampir 100 wanita lain yang turut menjadi mangsa.

Model itu, Leng Yein, 28, berkata, dalam tempoh seminggu menaikkan status dan nombor telefon lelaki itu dalam laman sosial tersebut, dia dihubungi lebih 70 orang model wanita yang mendakwa mereka turut diganggu suspek. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment