My Add

Friday 15 March 2013

Letupan bom ragut tiga nyawa anggota polis di selatan Thailand

NARATHIWAT, JUMAAT, 15 Mac, 2013: Satu letupan bom berlaku di selatan Thailand hari ini, mengorbankan tiga anggota polis, kata jurucakap tentera.

Letupan itu muncul dua minggu menjelang rundingan damai antara pihak berkuasa Thailand dan kumpulan pemberontak.

Bom seberat 90 kilogram itu disembunyikan di sebuah jambatan di daerah Ruso, wilayah Narathiwat, dan diletupkan ketika peronda polis tempatan melalui jalan berkenaan dengan menaiki sebuah trak.

Jurucakap tentera, Kolonel Pramote Promin berkata serangan itu mungkin dilakukan pihak pemberontak bagi menghalang proses rundingan yang akan diadakan di Malaysia pada 28 Mac ini.

"Terdapat pemberontak yang tidak bersetuju dengan pemimpin mereka menyertai proses damai dan cuba menghasut penduduk tempatan untuk mencetuskan lebih banyak pergolakan," katanya. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment