My Add

Thursday 14 March 2013

Lima parti India bekerjasama untk beri kemenangan besar kepada BN

Oleh NAZARUDIN SHAHARI
SEREMBAN, RABU, 13 Mac, 2013:BERI  Lima parti politik yang mempunyai ramai ahli berketurunan India di negeri ini hari ini membentuk gerak kerja bersama dengan matlamat memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Parti-parti itu adalah MIC, PPP, Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF), Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dan Makkal Sakti Malaysia (Makkal Sakti).

Pada masa ini, Kimma dan Makkal Sakti bukan parti komponen Barisan Nasional (BN).

Dengan lebih 76,000 ahli, semua parti berkenaan digerakkan secara bersepadu dan tersusun, mereka yakin kemenangan akan mampu dicapai.

Pengerusi MIC negeri, Datuk T. Rajagopalu berkata, mulai hari ini, program yang dilaksanakan oleh salah sebuah daripada parti berkenaan akan disertai oleh empat parti yang lain.

"Kita akan bergerak secara bersama dalam apa jua program bagi menunjukkan kaum India di negeri ini bersatu dalam satu barisan," katanya dalam sidang akhbar di pejabat MIC negeri.

Yang turut hadir ialah Pengerusi negeri bagi empat parti lain iaitu Datuk T. Raju (PPP), S. Viswanathan (IPF), Ibrahim Mohd. Musa (Kimma) dan N.E. Annamalay (Makkal Sakti).

Dalam perkembangan sama Raju berkata, PPP tidak mempunyai masalah untuk menjayakan kerjasama itu yang sudah pun dibuktikan dalam lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke negeri ini baru-baru ini.

"Kajian yang kami lakukan juga mendapati, lebih 70 peratus kaum India di negeri ini sudah kembali menyokong BN," ujarnya.

Ibrahim pula memberitahu, gabungan tersebut juga bersetuju untuk memberi sokongan padu kepada sesiapa juga calon dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam pilihan raya umum tanpa mengira parti mana yang diwakili.

"Jangan lihat calon tetapi lihatlah BN," tegasnya.

Sementara itu, Annamalay dalam sidang akhbar sama menjelaskan, pihaknya telah menjalankan kempen dari rumah ke rumah di sekitar Bahau, Jempol dan Nilai sejak enam bulan lalu bagi menarik sokongan pengundi terhadap BN.

"Kami menyasarkan sokongan sehingga 85 peratus pengundi kaum India menyokong BN kerana matlamat kami ialah merampas kembali semua kerusi yang terlepas dan memberi kemenangan besar kepada BN negeri," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment