My Add

Tuesday 12 March 2013

LTAT bakal umum dividen tertinggi

KUALA LUMPUR, ISNINI, 11 Mac, 2013: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akan mengumumkan dividen tertinggi sejak penubuhannya hari ini, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ini berikutan keuntungan tinggi yang diperoleh LTAT pada 2012, kata beliau ketika merasmikan majlis pecah tanah pembinaan kolej kediaman pelajar yang
dibiayai LTAT di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini semalam.

Untuk rekod, LTAT membayar 15 peratus dividen dan bonus bagi tahun kewangan 2011 kepada pencarum berbanding 14 peratus pada tahun sebelumnya.

(Ia merangkumi tujuh peratus dividen biasa, satu peratus bonus dan tujuh peratus bonus khas dalam bentuk unit amanah saham secara percuma kepada pencarum yang aktif.)

Pembinaan bangunan lima tingkat yang dicadang itu terdiri daripada 16 unit apartmen pelajar dengan empat bilik individu di setiap unit. Unit khas juga akan
disediakan untuk pelajar kurang upaya.

Ahmad Zahid berkata memorandum perjanjian bagi pembinaan bangunan itu dimeterai pada April tahun lepas. - B ERNAMA

No comments:

Post a Comment