My Add

Tuesday 12 March 2013

LTAT beri dividen tertinggi 16 peratus

KUALA LUMPUR, SELASA, 12 Mac, 2013: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) hari ini mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 16 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012, tertinggi dalam sejarah syarikat itu sejak 1973.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata pembayaran itu meliputi 7.0 peratus dividen, 1.0 peratus bonus dan 8.0 peratus bonus khas di dalam bentuk saham amanah.

"Ahli yang layak akan mendapat dividen dan bonus berjumlah 16 peratus yang berjumlah sehingga RM759.3 juta, iaitu 1.0 peratus lebih tinggi berbanding 15 peratus yang diberikan sebelum ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012, LTAT mencatatkan pendapatan tidak diaudit lebih tinggi RM907.4 juta, iaitu kenaikan 5.5 peratus berbanding RM860 juta yang dicatatkan pada tempoh sama 2011.

Zahid berkata, ia juga pendapatan paling tinggi dicatatkan sejak 40 tahun penubuhan LTAT. - BH

No comments:

Post a Comment