My Add

Thursday 21 March 2013

Lum Yong dakwa Azmin kini 'kepanasan'

 Azmin Ali
 KUALA LUMPUR, RABU, 20 Mac, 2013: Bekas pengasas bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong mendakwa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali kini dalam kepanasan ekoran isu yang melibatkan Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Mohd. Fareez Kamal Intidzam.

Lum Yong berkata, beliau difahamkan keadaan itu berlaku disebabkan tekanan hebat yang dilakukan oleh para penyokong Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail terhadap Azmin

Selain itu, beliau turut mendapat maklumat awal yang Azmin akan menyalahkan UMNO dalam usahanya melepaskan diri daripada terus menerima tekanan politik di dalam PKR.

Berikut kenyataan penuh Lum Yong;

1. Kita difahamkan bahawa Azmin Ali dalam kepanasan sebab penyokong-penyokong Wan Azizah memberi tekanan hebat kepada beliau berikutan episod Fareez Kamal. Kita dapat maklumat awal bahawa Azmin akan menyalahkan UMNO untuk lepas tengkuk sendiri daripada terus menerima tekanan politik dalam PKR. Jika benar maka ia merupakan satu tindakan yang dayus. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment