My Add

Saturday 9 March 2013

Malaysia akan sentiasa pertahan hak wanita: Najib

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 08 Mac, 2013: Malaysia akan sentiasa mempertahan hak wanita di negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bersempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2013 hari ini, Najib mengambil peluang untuk menyatakan harapan dan rasa syukur terhadap wanita, menerusi tweet terbarunya.

"Hari ini, kita merayakan yang kukuh, ehsan dan membelai. Saya bangga mengisytiharkan bahawa Malaysia adalah pejuang hak mereka (wanita)," katanya.

Hari Wanita Antarabangsa disambut bagi merayakan pencapaian wanita di bidang ekonomi, politik dan sosial pada masa lampau, kini dan akan datang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment