My Add

Wednesday 20 March 2013

Malaysia contoh sebuah negara progresif

 *NAJ*I Tun Razak membentangkan Program Transformasi
 Negara (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) di
 Angkasapuri, malam ini. - Foto Effendy Rashid

KUALA LUMPUR, SELASA, 19 Mac, 2013: Hasil perancangan teliti dan rapi serta pelaksanaan dasar pembangunan berkesan, Malaysia berubah daripada status negara pertanian berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, kerajaan membuktikan dan Malaysia adalah contoh sebuah negara yang amat progresif dengan menjadikan agenda membasmi kemiskinan, reformasi tanah, keadilan sosial, meningkatkan akses kepada setiap tahap pendidikan, perkhidmatan kesihatan untuk semua dan penjanaan kekayaan nasional sebagai agenda negara.

Dalam aspek ini, katanya, hasil kejayaan negara boleh disaksikan daripada peningkatan Pendapatan Negara Kasar (PNK) perkapita daripada AS$257 pada 1957 kepada AS$9,970 pada 2012; dan Ia adalah peningkatan hampir 4,000 peratus dalam tempoh lebih lima dekad.

Katanya, kadar kemiskinan pula terus menurun daripada lebih 60 peratus pada awal kemerdekaan kepada 1.7 peratus pada 2012. Jurang pendapatan di kalangan rakyat Malaysia juga bertambah baik dengan kadar Pekali Gini menurun kepada 0.431 pada 2012.

Beliau berkata, Kadar inflasi negara juga kekal berada di paras yang rendah iaitu 1.2 peratus pada Disember 2012 dan ia adalah antara yang terendah di rantau ini.

“Peningkatan taraf hidup ini diperjelaskan lagi melalui angka, hasil daripada Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah. PPIR 2012 menunjukkan isi rumah bulanan purata Malaysia meningkat daripada 4,025 ringgit pada 2009 kepada 5,000 ringgit pada 2012.

“Ia adalah peningkatan lebih daripada 1,200 peratus, sejak Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dimulakan pada 1974,” katanya ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara 2012 (NTP) di TV1 yang disiarkan secara langsung di RTM1, malam ini. - BH

No comments:

Post a Comment