Malaysia minat jalin dagangan dua hala dengan India
NEW DELHI, KHAMIS, 14 Mac, 2013: Malaysia berminat meneroka hubungan dagangan dua hala dengan India, iaitu ekonomi ketiga terbesar di Asia, kata Konsul Jeneral Malaysia di Chennai, Chitra Devi Ramiah.
Chitra, yang mengunjungi Gabenor Tamil Nadu, K Rosaiah, berkata beliau berharap lebih banyak pertukaran kebudayaan serta penerokaan lebih banyak pelaung perdagangan dan pelaburan akan dilaksanakan antara kedua-dua negara.
Dalam pertemuan itu, Ramiah juga berkata pelajar Malaysia berminat mengikuti pendidikan perubatan dan pergigian di India, demikian menurut laporan Press Trust of India.
Katanya, beliau juga menemui pemimpin industri Andhra Pradesh dan melahirkan minat untuk bertemu peneraju industri di Tamil Nadu bagi menggalakkan usaha sama di kedua-dua negara.
Rosaiah, yang juga Pengerusi Pusat kebudayaan Zon Selatan, berkata lebih banyak program pertukaran kebudayaan akan membuka jalan bagi dijalin hubungan sosiobudaya yang lebih kukuh antara India dan Malaysia.- BERNAMA
No comments:
Post a Comment