My Add

Wednesday 13 March 2013

Malaysia terikat dengan perjanjian


KUALA LUMPUR, SELASA, 12 Mac, 2013: Kerajaan Malaysia masih terikat dari segi perundangan berhubung bayaran penyerahan tahunan sebanyak RM5,300 kepada Sultan Sulu bagi wilayah Borneo Utara yang kini menjadi sebahagian daripada Sabah.

Penganalisis undang-undang, Prof. Salleh Buang (gambar) berkata, pembayaran itu dibuat berdasarkan terma-terma yang terkandung dalam perjanjian yang dimeterai antara Syarikat Borneo Utara British dan Kesultanan Sulu pada 1878.

Menurut beliau, kerajaan seterusnya mewarisi perjanjian itu apabila Sabah menyertai Malaysia pada 16 September 1963.

''Saya difahamkan, kerajaan Malaysia pernah menangguhkan pembayaran tersebut beberapa ketika ekoran timbul pertikaian tentang waris Kesultanan Sulu.

''Bagaimanapun, kita akan dianggap tidak berlaku adil sekiranya pembayaran wang penyerahan itu dihentikan. Cuma, kerajaan perlu memastikan wang itu dibayar kepada waris-waris Kesultanan Sulu yang sebenar,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment