My Add

Tuesday 5 March 2013

Malaysia tuan rumah Million Dollar Round Table Experience 2014

KUALA LUMPUR, ISNIN, 04 Mac, 2013: Malaysia akan menjadi tuan rumah Million Dollar Round Table (MDRT) Experience 2014 dari 13 hingga 15 Februari di Kuala Lumpur Convention Centre.

Dalam kenyataan hari ini, Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) berkata, objektif acara itu ialah membentangkan pengalaman mesyuarat tahunan MDRT kepada penerbit di negara lain.

Ia berkata, berasaskan mesyuarat tahunan MDRT yang sangat popular itu, pengalaman MDRT menawarkan idea dan teknik jualan saingan khusus, konsep maklumat teknikal dan motivasi bagi mereka dalam perniagaan insurans hayat dan perkhidmatan kewangan.

"Terbuka untuk anggota MDRT dan bukan anggota, ia dianggap sebagai acara khusus dan belum ada saingan dalam dunia perniagaan," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB Zulkefli Sharif berkata, ia merupakan mesyuarat pertama yang dihoskan oleh Malaysia.

"Kami menjangkakan kira-kira 5,000 peserta dari 20 negara di seluruh dunia akan berkunjung ke Malaysia pada 2014.

"Acara ini dijangka menjana hampir RM50 juta dari segi impak ekonomi kepada negara dan RM30 juta perbelanjaan pelawat yang akan memberi manfaat besar ke atas ekonomi Malaysia," katanya.

Diasaskan pada 1927 dan turut dikenali sebagai Persatuan Profesional Kewangan, MDRT dianggotai 36,000 profesional perkhidmatan kewangan dan insurans hayat utama dunia.

Memandangkan 64 peratus daripada anggotanya beroperasi di Asia Pasifik, MDRT Experience diadakan di beberapa bandar raya utama di Asia, termasuk Bangkok (2006), Chiba (2008), Seoul (2010) dan Singapura (2011) bagi meningkatkan keanggotaan serta kesedaran jenama di rantau ekonomi yang paling pesat berkembang. India menjadi tuan rumah bagi acara 2013. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment