My Add

Friday 22 March 2013

Maut ditembak depan anak, isteri
SIBU, KHAMIS, 21 Mac, 2013: Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas ditembak di bahagian dada oleh penceroboh bertopeng di asrama pekerja sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Oya di sini malam tadi.

Kejadian berlaku pukul 7 malam semasa mangsa, Ahmad Yampu, 31, sedang berehat bersama isteri dan anaknya berusia tiga tahun sebelum empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan senapang patah menceroboh masuk ke bilik mereka.

Difahamkan, mangsa yang panik segera menjerit menyuruh isteri dan anaknya keluar dari bilik, namun salah seorang penceroboh bertindak menembaknya tepat di dada.

Mangsa rebah betul-betul di hadapan ahli keluarganya menyebabkan isterinya menjerit sekuat-kuat hati meminta bantuan.

Sebaik sahaja terdengar jeritan wanita itu, pekerja ladang yang lain bergegas ke bilik mangsa tetapi mereka tidak berani menghalang suspek yang melarikan diri menaiki trak pikap jenis Toyota Hilux.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shafie Ismail memberitahu, mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira 7.30 malam.

"Sebelum melarikan diri, seorang daripada suspek dikatakan sempat mengambil wang tunai sebanyak RM500 dari sebuah beg yang disimpan dalam sebuah lori tidak jauh dari lokasi kejadian.

"Motif suspek menceroboh dan membunuh mangsa masih disiasat tetapi kami percaya kejadian itu bukan bermotifkan rompakan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment