My Add

Monday 4 March 2013

Mayat penceroboh ditembak mati masih belum dialih

 *BEBERAPA penduduk melihat mayat salah seorang penceroboh yang ditembak
 pasukan polis dalam kejadian Sabtu lalu yang masih belum dialihkan di sebuah
rumah penduduk di Simunul, Semporna, Sabah hari ini. - UTUSAN ONLINE/MOHAMAD
 HAZLI HASSAN
 *SEORANG penduduk melihat mayat salah seorang penceroboh yang ditumpaskan
 oleh pasukan polis dalam kejadian Sabtu lalu, yang masih belum lagi dialihkan di
 dalam sebuah sampan di Simunul, Semporna, Sabah hari ini. - UTUSAN
 ONLINE/MOHAMAD HAZLI HASSAN
*MAYAT seorang penceroboh terbaring di atas sebuah jeti selepas ditembak
 pasukan polis dalam kejadian Sabtu lalu, di Simunul, Semporna, Sabah hari ini.
 - UTUSAN ONLINE/MOHAMAD HAZLI HASSAN
SEMPORNA, ISNIN, 04 Mac, 2013: Mayat-mayat kumpulan penceroboh yang terbunuh dalam kejadian tembak menembak dengan pasukan keselamatan di Kampung Simunul di sini Sabtu lalu sehingga kini masih belum dialihkan.

Tinjauan Utusan Online hari ini mendapati beberapa mayat bergelimpangan di kawasan rumah penduduk kampung tersebut dan ada diantaranya dalam keadaan mengerikan.

Dalam kejadian Sabtu lalu, enam anggota polis terkorban selepas mereka diserang hendap oleh kumpulan penceroboh di Kampung Srijaya, Simunul. Enam penceroboh turut terkorban.

Ikuti laporan langsung pencerobohan berdarah di Sabah dari Lahad Datu dan Semporna, Sabah bersama wartawan Utusan Online di sini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment