My Add

Tuesday 12 March 2013

Media Filipina diminta tidak cuba rosakkan hubungan Malaysia-Filipina

 *ZAHID Hamidi beramah mesra bersama anggota kadet Palapes UIAM selepas
merasmikan majlis pecah tanah kolej kediaman di UIAM yang akan dibina hasil
sumbangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di Universiti Islam
 Antarabangsa Malaysia, Gombak, Selangor, semalam.

KUALA LUMPUR, ISNIN, 11 Mac, 2013: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyanggah laporan media Filipina kononnya pasukan keselamatan negara bertindak kejam terhadap rakyat negara itu semasa operasi mengusir pengganas Sulu di Sabah.

Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai tuduhan melulu, beliau berkata, mana-mana pihak tidak sepatutnya cuba merosakkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Filipina.

"Saya ada baca laporan media itu dan maklumat saya dapat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyatakan tidak ada tindakan diambil dengan tujuan untuk membunuh warga Filipina di kawasan tertentu seperti yang didakwa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek pembinaan kolej kediaman baharu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak dekat sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment