My Add

Monday 11 March 2013

Menjamu selesa sambil beramal untuk wira negara di Killiney Kopitiam

 *AH MAD A Talib (kanan) menerima replika cek daripada Ahmad Ramzi Mohamad
 Zubir bagi mengisi Tabung Wira Lahad Datu di Kuala Lumpur, semalam.
 
KUALA LUMPUR, AHAD, 10 Mac, 2013: Orang ramai berpeluang menyumbang kepada wira-wira negara yang sedang berjuang menentang pengganas di Sabah dengan menjamu selera di restoran Killiney Kopitiam di seluruh negara.

Pengarah Eksekutif Estinwira Sdn. Bhd., (francisor utama Killiney Kopitiam Malaysia dan Asia Barat), Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir berkata, pihaknya akan menyumbang sebanyak 10 peratus hasil jualan restoran itu setiap hari kepada Tabung Wira Lahad Datu.

Menurut beliau, selain menyuntik kesedaran orang ramai terhadap isu insiden pencerobohan di Sabah, usaha itu juga merupakan sokongan syarikat berkenaan terhadap perajurit negara yang sedang mempertahankan tanah air. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment