My Add

Monday 18 March 2013

'Mereka tidak harus dimaafkan'

Oleh SITI NURAZIAH ZAINAL ALAM
KUALA LUMPUR, AHAD, 17 Mac, 2013: Tindakan lima bekas jeneral yang menjadikan pentas ceramah pembangkang untuk menghina dan memperkecilkan anggota keselamatan negara sememangnya tidak boleh dimaafkan.

Mereka sepatutnya bersatu dan membantu pihak keselamatan negara menangani isu pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, bukannya bersekongkol dengan pembangkang.

Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Bekas Tentera Kuala Lumpur dan Selangor, Mohd. Shahni Ismail berkata, sebagai bekas tentera yang pernah mengangkat sumpah taat setia kepada negara satu masa dulu, mereka harus berpegang pada janji dan bukan berpatah arah.

"Perkara seperti ini tidak patut berlaku kerana mereka pernah bersumpah untuk mendukung kedaulatan negara sehingga akhir hayat.

"Sebaliknya, tindakan mereka mengeluarkan dakwaan tersebut seolah-olah menggambarkan pihak anggota keselamatan tidak cekap, amatlah mengecewakan," katanya dalam sidang akhbar protes bantahan kepada pengkhianat negara di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment