MIC sumbang RM40,000 kepada keluarga anggota keselamatan terkorban
KUALA LUMPUR, ISNIN, 11 Mac, 2013: MIC akan menyumbang RM40,000 kepada lapan keluarga anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam serangan pengganas di Sabah sebagai tanda penghargaan parti itu atas pengorbanan mereka mempertahankan negara.
Presidennya, Datuk Seri G.Palanivel berkata, setiap keluarga akan menerima RM5,000, yang akan disalurkan melalui tabung kebajikan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Kami amat menghargai pengorbanan mereka kepada negara dan melahirkan rasa simpati kepada keluarga wira negara," kata Palanivel yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau juga meminta semua rakyat Malaysia supaya mengenepikan segala perbezaan dan bersatu padu menyokong pasukan keselamatan negara menjalankan misi menghalau kumpulan penceroboh bersenjata itu. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment