My Add

Sunday 10 March 2013

Minyak petrol di Lahad Datu cukup, tiada catuan dilakukan

BERA, SABTU, 09 Mac, 2013: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menafikan dakwaan wujudnya catuan minyak petrol di Lahad Datu ekoran pencerobohan pengganas Sulu di daerah berkenaan.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebaliknya bekalan minyak petrol di kawasan itu sentiasa mencukupi.

"Di Lahad Datu kita ada sembilan stesen, Felda Sahabat (tiga), Semporna (empat) dan di Kunak dua stesen.

"Kita telah pun bersiap sedia bagi memastikan minyak petrol ini mencukupi dan saya cuma ingin ingatkan penduduk di kawasan terlibat supaya tidak membuat pembelian panik," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran program Santai Anak Muda Berkoperasi di Dataran Kerayong di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, kementerian itu sentiasa memantau bekalan bahan keperluan seperti gula, beras, gandum, minyak masak, petrol dan diesel serta bersedia menambah bekalan jika berlaku kekurangan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment