My Add

Monday 18 March 2013

Misi berdarah demi kedaulatan negara

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
SEMPORNA, AHAD, 17 Mac, 2013: Suasana malam Sabtu itu (2 Mac) begitu mencengkam bagi sekumpulan 57 anggota polis. Misi yang mereka galas kali ini sangat berbahaya dan berbeza. Musuh yang mereka buru bukan kepalang; gerila bersenjata dan terlatih.

Tetapi berbekalkan keberanian dan maklumat risikan, malam pekat di perkampungan atas air di Kampung Sri Jaya, Simunul di Semporna mereka redah. Mereka tahu risiko bakal ditempuh. Berkali-kali mereka diingatkan bahawa dalam misi kali ini mungkin ada yang tidak pulang dengan selamat.

Apatah lagi dua rakan setugas dari pasukan komando VAT 69 gugur di Lahad Datu sehari sebelumnya. Tetapi demi kedaulatan negara, misi ini perlu mereka jayakan.

Dalam fikiran mereka hanya satu, menjayakan misi khas menangkap 'Imam Tua' dan 'Romy', dua pengganas Sulu yang dipercayai bersembunyi di perkampungan atas air itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment