My Add

Friday 22 March 2013

Monetary Authority of Singapore sanggah sting video

 *KERATAN The Straits Times versi online yang memaparkan penafian kerajaan
 Singapura berhubung dakwaan "sting video" mengenai penyelewengan membabitkan
 Ketua Menteri Sarawak, hari ini.

SINGAPURA, JUMAAT, 22 Mac, WO13: Video kontroversi mendakwa penyelewengan membabitkan Ketua Menteri Sarawak dan keluarganya serta dakwaan mereka menyembunyikan hasil haram itu di Singapura, menerima reaksi tegas daripada Monetary Authority of Singapore.

Akhbar tempatan, The Straits Times melaporkan bank pusat itu berkata, dakwaan sting video bahawa kerajaan Singapura merahsiakan maklumat kewangan daripada pihak berkuasa Malaysia adalah palsu.

Katanya, Singapura menyediakan laporan penuh seperti yang diminta Malaysia bagi tujuan cukai dan kedua-dua negara mempunyai hubungan kerja yang baik berhubung percukaian.

"Dakwaan itu palsu," kata bank berkenaan.

"Bertentangan dengan dakwaan dalam video itu, Singapura setakat ini menyalurkan maklumat penuh yang dipohon Malaysia bagi tujuan percukaian."

Laporan penuh The Straits Times di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment