My Add

Saturday 9 March 2013

MTUC mahu pembantu rumah asing dilindungi undang-undang

KUALA LUMPUR, SABTU, 09 Mac, 2013: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta kerajaan untuk memperluaskan Akta Pekerjaan 1955 ke atas 200,000 pembantu rumh asing di negara ini.

Presidennya, Mohd. Khalid Atan berkata, kini pembantu rumah berkenaan tidak dilindungi akta tersebut dan menjadi mangsa penderaan majikan.

Dalam kenyataan sempena Hari Wanita Antarabangsa yang disambut semalam, beliau berkata MTUC telah mengemukakan memorandum kepada Kementeria Sumber Manusia mengenai perkara itu.

Mohd. Khalid berkata, pembantu rumah boleh mendapat perlindungan undang-undang dan bantuan sekiranya mereka dilindungi akta berkenaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment