My Add

Saturday 23 March 2013

Muhyiddin: empat pesanan kepada pemimpin dan penyokong BN
 K
UALA TERENGGANU, JUMAAT, 22 Mac, 2013: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi empat pesanan penting kepada pemimpin dan penyokong Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) demi untuk meneruskan prinsip perjuangan parti selepas 56 tahun memerintah.

Pesanan itu ialah setiap anggota BN perlu memberi penekanan kepada soal perpaduan dalam parti, tidak menimbulkan sebarang masalah kepada parti, menyokong calon yang dipilih pucuk pimpinan dan berjumpa pengundi yang menjadi penentu kepada nasib BN untuk lima tahun lagi.

"Jangan timbulkan perpecahan dan keretakan sesama kita, setakat hari ini saya tak dengar lagi, saya harap tidak ada cerita soal perbalahan.

"Sampai masanya untuk kita ketepikan permasalahan kerana ia akan memberi kesan kepada kita untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat," katanya ketika berucap pada majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia dan Gelombang Biru di Rhu Rendang, Marang di sini, hari ini. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment