My Add

Tuesday 26 March 2013

Musharraf kembali ke Pakistan

 *PERVEZ Musharraf (tengah), memberi tabik hormat kepada penyokong setianya,
 sebaik-baik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, Karachi, semalam
. - REUTERS

KARACHI, AHAD, 24 Mac, 2013: Bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf kembali ke negara ini hari ini, sekali gus menamatkan tempoh lebih empat tahun hidup dalam buangan dan mengenepikan ancaman Taliban yang mahu membunuhnya.

Beratus-ratus penyokong setianya berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, di sini, memukul dram, menari, mengibarkan bendera kebangsaan dan mempamerkan potret pemimpin kesayangan mereka itu serta pengasas Pakistan, Mohammad Ali Jinnah.

Setibanya di Karachi, Musharraf, 69, turut disambut dengan kelopak bunga mawar.

Dalam ucapan sulungnya, Musharraf berkata, beliau akan 'menyelamatkan' Pakistan sekalipun nyawanya terancam.

"Saya telah kembali. Saya tidak takutkan sesiapa kecuali Allah. Di mana pihak-pihak yang pernah katakan bahawa saya tidak akan pulang?

"Saya juga telah mengarahkan orang-orang saya supaya sama-sama kembali dan menyelamatkan Pakistan," katanya di hadapan pengikut Parti Liga Islam Pakistan pimpinannya, di sini.

Ketibaan Musharraf turut diumumkan di akaun Facebook dan Twitter rasmi beliau berserta gambar.

Bekas Presiden itu sebelum ini berkata, beliau sedia berdepan sebarang cabaran berikutan keputusannya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum pada 11 Mei ini.

Musharraf menjawat jawatan Presiden selepas satu rampasan kuasa pada 1999 dan meninggalkan Pakistan selepas meletak jawatan pada 2008 apabila Asif Ali Zardari diangkat sebagai Presiden. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment