My Add

Friday 22 March 2013

Najib dan Rosmah hadiri majlis minum petang

PUTRAJAYA, KHAMIS, 21 Mac, 2013 : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri majlis minum petang bersama peserta 'Spring Forum' Majlis Perniagaan Asia 2013 di Seri Perdana, di sini hari ini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, mengadakan dialog terbuka bersama peserta, dengan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Ayala Corp, Jaime Augusto Zobel de Ayala, bertindak sebagai perantara.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) Datuk Seri Idris Jala, serta Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment