My Add

Friday 22 March 2013

NGO hantar memorandum bantah terowong dasar laut

 *SEBAHAGIAN daripada 300 ahli tiga pertubuhan bukan kerajaan berhimpun
di hadapan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri sebagai membantah usaha
 pembinaan terowong dasar laut oleh kerajaan negeri, di Komtar, Georgertown
 hari ini. - UTUSAN

PULAU PINANG, JUMAAT, 22 Mac, 2013: Kira-kira 300 wakil pertubuhan kerajaan (NGO) yang majoritinya terdiri daripada belia Cina dan India hari ini berarak sejauh satu kilometer dari Jalan Macalister menuju Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) untuk menyerahkan memorandum membantah pembinaan terowong dasar laut oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Mereka yang mewakili tiga NGO iaitu Pergerakan Hak Belia Malaysia; 1Malaysia Brother dan Pertubuhan Belia Komuniti Pulau Pinang turut mengemukakan sembilan tuntutan lain di dakam memorandum berkenaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment