My Add

Friday 15 March 2013

NGO lapor SKMM tindakan ekstrem cyber trooper pembangkang

 *SHEAB Yee Aun menunjukkan bukti-bukti yang ada kaitan tindakan ekstrem
 cyber trooper pembangkang selepas membuat laporan di pejabat SKMM di sini
hari ini. - UTUSAN

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 14 Mac, 2013: 2013. Presiden Malaysia Youth Right Moment, Shen Yee Am buat sidang akhbar berhubung dengan wep side melampau. Gambar: JEFFRI IRAN Pemberita:ILAH (Jenayah). ">

CYBERJAYA 14 Mac Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di sini berhubung tindakan ekstrem cyber trooper pembangkang yang didakwa menggunakan kata-kata kesat, menyebarkan fitnah, gambar lucah serta ugutan rogol dan bunuh di laman sosial Facebook.

Presiden Malaysian Youth Right Movement, Shean Yee Aun berkat, laporan kepada SKMM itu juga termasuk isu penyebaran gambar-gambar lucah dan tidak sopan yang diubah suai dengan wajah pemimpin-pemimpin MCA di laman-laman propembangkang di laman sosial itu.

"Ini merupakan perbuatan yang keterlaluan kerana terdapat beribu-ribu gambar seperti ini yang dikongsi di kira-kira 100 laman-laman politik propembangkang di Facebook.

"Adakah ini sihat? Ibu bapa kita, anak-anak kita tengok benda macam ini kita boleh terima tak? Agama mana budaya mana yang boleh terima?" katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Katanya laporan itu dibuat berikutan aduan seorang pelajar wanita berusia 22 tahun yang menerima kata-kata kesat serta ugutan rogol dan bunuh melalui laman Facebook hanya kerana beliau berlakon dalam sebuah video yang menyokong kerajaan yang disebarkan di YouTube. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment