My Add

Wednesday 20 March 2013

Nik Aziz 'sakit perut' masuk hospital lagi

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
KOTA BHARU, RABU, 20 Mac, 2013: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke hospital malam tadi kerana 'sakit perut'.

Beliau yang dijadual mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini gagal berbuat demikian berikutan keadaan kesihatannya itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah bagaimanapun enggan menjelaskan di mana Nik Abdul Aziz dirawat dengan alasan tidak mahu beliau diganggu.

"Semalam beliau masuk hospital, ada sakit perut sikit, saya tidak pasti (jika Nik Abdul Aziz sudah keluar hospital), semalam itu ya, saya tidak pastilah sekarang," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Exco di sini.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ashmad Yacob.

Nik Abdul Aziz sering mengalami masalah kesihatan berikutan umurnya yang sudah mencecah 82 tahun.

Walaupun banyak pihak meminta Nik Abdul Aziz berundur daripada terus terlibat dalam arena politik, beliau tidak mengendahkan permintaan tersebut.

Nik Abdul Aziz sebaliknya dalam kenyataannya sebelum ini berkeras akan terus bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana berpendapat ahli-ahli Pas masih memerlukan khidmatnya.

Beliau pernah menyatakan akan bersara daripada politik jika bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut melakukannya, namun setelah Dr. Mahathir berbuat demikian sejak 10 tahun lalu, Nik Abdul Aziz masih kekal di tampuk kepemimpinannya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment