My Add

Sunday 24 March 2013

NS sedia bantu bekal air ke Selangor

REMBAU, SABTU, 23 Mac, 2013: Kerajaan Negeri Sembilan bersedia membekalkan air terawat kepada penduduk Selangor dan Kuala Lumpur atas pertimbangan menjaga kesejahteraan rakyat serta kepentingan umum.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia bukan dibuat berdasarkan pertimbangan politik kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah memberi bantuan kepada rakyat dengan mengambil kira kaum, agama atau pegangan politik.

"Kerajaan BN tidak pernah jumud pemikiran dan kita memberi bantuan seperti BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) walaupun kita tahu penerimanya adalah penyokong tegar parti pembangkang," katanya kepada para pemberita selepas merasmikan Kursus Asas Haji Peringkat Daerah Rembau di sini hari ini. - KOSMO!

No comments:

Post a Comment