My Add

Thursday 7 March 2013

Nur Misuari didesak dedah identiti 'pihak ketiga'

KUALA LUMPUR, RABU, 06 Mac, 2013: Pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari didesak membuat pendedahan berhubung identiti 'pihak ketiga' yang menjemput serta membiayai tindakan pencerobohan di Sabah.

Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, sebagaimana yang diketahui, MNLF tidak akan bertindak secara percuma tanpa sebarang ganjaran atau diberikan insentif komersial.

Jelas beliau, pendedahan tersebut lebih penting berbanding menafikan penglibatan anggota tentera MNLF adalah atas arahan beliau untuk membantu pengikut Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa Sultan Sulu itu dalam insiden berdarah di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

''Nur Misuari begitu cekap bermain sandiwara politik apabila membuat kenyataan itu dan ternyata tidak masuk akal kerana sebagai ketua MNLF beliau yang bayar gaji untuk menyara kehidupan semua anggota tenteranya.

''Dalam hal ini, beliau perlu isytihar siapakah yang menjemput dan membiayai kos pencerobohan itu kerana sering kita dengar pihak MNLF tuntut pampasan sebelum melepaskan mangsa culik mereka. Pasti ada elemen berbentuk insentif komersial,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nur Misuari ketika pertemuannya dengan Jamalul Kiram semalam menyatakan bahawa beliau tidak tahu menahu tentang pencerobohan itu apabila didakwa beliau telah mengarahkan tenteranya untuk membantu pengikut Jamalul Kiram dalam insiden tersebut.

Dalam pada itu, Nur Misuari turut didesak untuk memberitahu kepada umum apakah tajuk perbincangan beliau bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pertemuan sulit mereka, baru-baru ini.

''Kita difahamkan bahawa pertemuan sulit ini diawasi oleh badan perisikan tentera Filipina tanpa disedari oleh Nur Misuari dan Ketua Pembangkang itu.

''Anwar dikatakan terkejut apabila agensi tersebut mendedahkan agenda pertemuan ini kepada pihak media,'' katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment