My Add

Wednesday 6 March 2013

Nur Misuari sedia berunding dengan kerajaan Malaysia

MANILA, SELASA, 05 Mac, 2013: Pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari, hari ini menafikan beliau mengarah penghantaran tentera MNLF untuk membantu pengikut Sultan Jamalul Kiram III, yang mendakwa Sultan Sulu yang menceroboh Sabah.

"Saya membaca laporan akhbar menyatakan elemen MNLF secara aktif terlibat membantu pencerobohan di Sabah itu," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Jamalul Kiram, di Taguig City, selatan Manila, hari ini.

Saya tidak tahu menahu tentang (pencerobohan) itu. Tidak ada sesiapa memohon kebenaran saya untuk (MNLF) terlibat dalam pencerobohan itu," tambah beliau.

Misuari berkata, bagaimanapun, mungkin ada beberapa orang anggota MNLF yang menyertai kumpulan Kiram menceroboh Sabah atas kerelaan mereka sendiri.

Misuari juga berkata, beliau ber sedia membantu menyelesaikan krisis itu, dengan menyatakan cucu saudaranya ada kaitan kekeluargaan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. - Agensi/UTUSAN

No comments:

Post a Comment