My Add

Thursday 14 March 2013

Nurul Izzah keliru fungsi polis

KUALA LUMPUR, RABU, 13 Mac, 2013: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar disindir kerana tidak dapat membezakan antara Pasukan Polis Hutan (PPH) dan Pasukan Gerakan Am (PGA).

Merujuk sedutan rakaman ceramah berkenaan di YouTube, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu seolah-olah keliru apabila bercakap tentang PPH dan PGA serta kaitannya dengan insiden pencerobohan pengganas dari Sulu di Sabah.

''Masalahnya ialah masalah struktur. Semua polis itu ramai, kebanyakan besar dihantar jadi polis hutan, 'General Operations Force' (PGA) untuk lawan komunis dulu.

''You do not need 'General Operations Force' now (anda tidak perlukan PGA sekarang),'' kata Nurul Izzah seperti dipetik daripada rakaman YouTube di http://www.youtube.com/watch?v>7RQ9gceBljE. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment