My Add

Friday 8 March 2013

OKT dipercayai lolos keluar - Polis Pulau Pinang

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
PULAU PINANG, JUMAAT, 08 Mac, 2013: Polis percaya dua orang kena tuduh (OKT) yang masih bebas selepas meloloskan diri dari tahanan polis ketika dibawa ke Mahkamah Butterworth pada 8 Januari lalu sudah keluar dari negeri ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya bagaimanapun masih meneruskan usaha mengesan kedua-dua suspek itu.

"Maklumat daripada orang awam masih diperlukan bagi menjejaki kedua-dua suspek dan operasi masih diteruskan," katanya selepas majlis penutupan latihan asas Konstabel Sukarelawan Simpanan Polis (PVR) negeri di sini hari ini.

Abdul Rahim seterusnya menjelaskan, empat anggota polis pengiring yang membawa kesemua sembilan OKT yang meloloskan diri dalam kejadian itu masih disiasat.

Katanya, seorang sarjan digantung kerja sehingga kini manakala empat anggota lagi disiasat oleh Unit Tatatertib Disiplin, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.

Dalam kejadian pada 8 Januari lalu, sembilan OKT melarikan diri selepas mereka membelasah empat anggota polis pengiring di tepi Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth di Bagan Ajam.

Polis bagaimanapun berjaya menahan semula dua OKT manakala beberapa hari kemudian dua daripadanya ditembak mati manakala tiga lagi ditahan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment